D'KOK ECO CAMP adalah sebuah kem yang terletak di Kg. Talang, Tanjung Ipoh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Kem ini didirikan di sekeping tanah seluas 10 ekar peninggalan nenek moyang kami.Kem ini terletak kira-kira 20km dari Seremban. Kelebihan kem ini ialah ia dikelilingi oleh dusun buah- buahan dan hutan nan hijau yang jauh dengan kesibukan di bandar. Suasananya yang nyaman dan sejuk pada awal pagi merupakan satu perkara yang dicari-cari oleh semua orang. Kem ini ditunjangi oleh beberapa orang jurulatih dan fasilitator yang terlatih dan berpengalaman. Mereka telah dilatih untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti outdoor dan motivasi yang telah kami sediakan dengan cemerlang.
Kem ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan-kemudahan asas yang sudah pasti akan memudahkan dan memberi keselesaan kepada tetamu kami. Antaranya ialah:
Chalet : 12unit.
Asrama : 7 unit
Dewan Terbuka : 2 unit
Surau : 1 unit
Dewan Makan : 2 unit
Kolam Rekreasi : 1 unit
Kolam Mandi : 1 unit
Kawasan Lapang : 1 unit
Gelanggang Futsal : 1 unit
Gelanggang Beach Volleyball : 1 unit
Archery : 6 set
Flying Fox : 1 set
Kayak : 8 set
Tubing : 60 set.
BBQ set : 2unit
BARISAN JURULATIH DAN FASILITATOR BERSAMA YB. KJ
No comments:
Post a Comment